Saturday, March 27, 2010

UNTAIAN PERGERAKAN MAHASISWI.


Salam kebangkitan...

Salam ukhwah kepada seluruh warga INSANIAH,

warga mahasiswi INSANIAH khususnya.......

Amiiin....doa kalian untuk kesejahteraan HAl Ehwal Mahasiswi untuk terus bangkit dan kehadapan dalam segala aspek kehidupan amat2 kami hargai....

Kritik dan sumbangsaran idea yang anda curahkan memberi HEWI dan MPM amnya satu aliran kuasa baru untuk kami terus memperkasakan strategi gerak kerja yang sedia ada.

Berbagai sumbangsaran yang dilontarkan pada HEWI,melalui Let's Discuss anjuran BAKA serta kritikan yang dihulurkan menunjukkan warga INSANIAH tidak lupa kepada HEWI.

Maaf dihulurkan,kiranya HEWI agak jarang sekali mengap-date blog ini.

Untuk pengetahuan seluruh mahasiswi yang mengambil cakna perjalanan gerak kerja HEWI,

perancangan sebelum ini ,HEWI akan adakan satu penganjuran besar yang menghimpunkan seluru mahasiswi INSANIAH sahaja tanpa melibatkan Siswa kerana kita merasakan bahawa perlu adanya program "privacy" muslimat sebagai penghargaan meraikan hebatnya mutiara-mutiara asuhan INSANIAH ini namunbeberapa sebab yang tidak dapat dielakkan,HEWI akan tudan penganjuran ini ke semester hadapan,in-allah.Dimana program ini bukan sekadar penglibatan kelompok mahasiswi INSANIAH sahaja,tetapi juga mahasiwi IPT luar,dalam Kedah mahupun luar Kedah.

Menjawab persoalan yang sering penduduk Faroby lontarkan,apa yang dah kita buat untuk bantu penghuni Faroby menghadapi masalah air,sampaikan penghuni Farobi bergegas ke Kindy untuk mencari air,sebenarnya,permasalan ini berlaku diperingkat negeri,yang keperitannya bukan sahaja dirasai oleh warga Faroby tetapi jugak seluruh penduduk Negeri Kedah yang lain.

MPM memandang serius isu ini dan kita akan usahakan seberapa mampu untuk menangani dan merungkai permasalahan ini.

Dalam perangkaan terdekat ini,HEWI akan melata keseluruh rumah sewa siswi sebagai salah satu dasar yang kita perjuangkan iaitu kebajikan Mahasiswa luar kampus.
Statistik yang agak mengecewakan ,nisbah 1/10% sahaja mahasiswa luar kampus yang mendaftar di bawah HEP,dan sekarang inisiatif GALAKSI ditubuhkan bagi membantu sahabat-sahabat dirumah sewa,kami kira bukan alasan kami dimasa akan datang untuk menafikan kebajikan luar kampus tidak terbela.

Nah, sekarang kami kira,hanya tinggal konsep ta'wun yang perlu sama-sama kita pupuk dan kita semai supaya setiap perancangan dan usaha yang gagaskan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa bukan omongan kosong dan program "syok sendiri" yang sering dilabelkan oleh individu yang cintakan kami dipihak perwakilan.
Mohon berilah sokongan dalam apa jua bentuk,kerana kami perwakilan ANDA ,kalau bukan anda yang akan membantu pihak perwakilan bangunan-bangunan tidak mampu bersuara,pokok-pokok pun tak mampu,melainkan manusia.Kami membuka seluas-luas pintu kesatuan mahasiswa untuk sama kita masuk dan bersatu didalamnya.
salam mahabbah......
Siiru a'la Barakatillah....
Bittaufiq wan najah fi imtihan.....

No comments:

Post a Comment