Saturday, March 6, 2010

"Rumah sudah siap, penukul masih berbunyi"

Assalamualaikum w.b.t..
salam kebangkitan mahasiswi !!

Moga-moga pertemuan pena buat sekian kalinya dari angkatan Hal Ehwal Siswi pada kali ini mendekatkan kami dan anda,sahabat seperjuangan ,adik beradik,keluarga besar INSANIAH..
in-allah...
suka ana nak bawa sahabat-sahabat hayati perkonsian ini dengan hati yang telus dan jiwa yang lapang kerana hati yang benar-benar sihat sahaja yang tahu membuat penilaian...
Suka ana nak personafikasikan disini, keadaan si kura-kura yang bertanding dengan si arnab,perwatakan si arnab mesti sahabat-sahabat suka kan ,walaupun di pengakhiran dia kalah,sebab arnab n cergas,tangkas,cantik pergerakannya.....
Tetapi kura-kura, sudah la kaki pendek,lambat pulak berjalan,terhegeh-hegeh,kalau terbalik susah hendak bangkit semula,tak terkejar kelajuan si arnab ni, kadang-kadang Si kura-kura terfikir jugak 'kenapa la, allah cipta aku begini, alangkah bahagia, kalau aku boleh,tangkas dan laju macam arnab, tentu lagi cepat aku sampai ke garisan penamat, binatang lain pun tak ketawakan aku',
Si kura-kura bermonolog lagi diketika dia terkedek-kedek untuk sampai kegarisan penamat,
' apa ya hikmah ciptaan allah ini ? ' kenapa aku tidak dikurniakan kaki yang panjang untuk mudah aku malangkah , Si arnab segalanya cukup, pasti dia sudah tiba kegarisan penamat dengan kelebihan yang ada padanya',
Demikian monolog Si kura-kura. Walaupun keadaannya begitu, dia tidak pernah putus asa untuk terus melangkah dan melangkah dengan azam dan tekad yang ampuh, 'aku tetap akan sampai kegarisan penamat menyahut cabaran penghuni rimba, kalah dan menang bukan kayu ukur yang sebenar...'
Demikian akhirnya...Si kura-kura memenangi pelwanan itu...
Maaf kiranya sahabat-sahabat bosan membaca ceritera dongeng ini, tapi manusia yang sihat hatinya pasti mengerti dan membukit sarang hatinya menghimpun madu untuk dimanfaatkan, tetapi hati yang sakit, galak membiak anak-anak tebuan, pantang di cuit, pantas sahaja mempersiap mulutnya untuk menyengat...

Salam mahabbah...Salam kebangkitan mahasiswi...