Friday, April 9, 2010

MAHASISWA VS ISU KARTIKA


http://gmkkl.blogspot.com/
http://persadakini.blogspot.com/

Salam mahabbah..
Salam kebangkitan mahasiswi....
SARI DEWI KARTIKA !!!!
Sudah pasti sahabat-sahabat kenal dengan nama ini kan ?
Koreksi atau kupasan isu ini bukanlah suatu yang ketinggalan bagi HEWI untuk berkongsi idea dan pandangan dengan sahabat-sahabat KUIN pada kali ini.
Tidak perlulah HEWI kira,isu ini dilampirkan atau ditulis semula untuk pengetahuan kita bersama,tetapi apa yang menarik disini,keputusan terbaru hukuman keatas SARI DEWI KARTIKA berhubung kesalahannya mengambil minuman keras walaupun pada hakikatnya isu pengambilan numan keras rata-rata dalam masyarakat melayu islam di Malaysia bukanlah isu besar yang hendak dibangkitkan,kerana ramai artis-artis kita mahupun golongan rendah, menengah,mahasiswa ,warga tua sudah menjadi tabiat biasa, kerana isu yang boleh menggugat ekonomi,kewangan dan politik negara sahaja yang perlu dipandang serius oleh masyarakat dan pemerintah berbanding salahlaku minum arak ini.
Terbaru hukuman sebatan yang dimohon oleh kartika yang selepas itu diputuskan sebanyak 6 kali sebatan ,sekarang sudah diputuskan beliau hanya perlu melakukan kerja-kerja komuniti sebagai menggantikan hukuman keatasnya berbanding hukuman sebatan yang sepatutnya 40 sebatan(hudud) dan 80 sebatan (takzir).
BERBALOIKAH ????
Jika anda kelik alamat blog diatas ,itulah lontaran-lontaran suara mahasiswa yang cakna dan mempunyai sensetiviti yang tinggi ,bagaimana dengan suara anda sebagai mahasiswa???
Jadi HEWI kira,pandangan anda berkaitan isu ini bukan atas pertimbangan politik,kepentingan diri dan mengikut kayu ukur a'qal yang jahil,tetapi menilai dari pandangan Allah dan Rasulnya serta mahasiswa yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.
Moga-moga setiap tindakan , perlakuan ,perkataan dan apa jua yang terbit dari diri kita adalah berdasarkan tarbiyah dan nikmat yang Allah berikan berada dibumi KUIN,tafaqquh fid-din yang pastinya atas matlamat untuk islam dan kemaslahatan umat islam seluruhnya..

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN !!!! yang menjelang tiba.

redha dengan ketentuan,bukan bererti terus berserah,tetapi Allah tidak zalim,DIA memberi kita ruang dan peluang untuk berusaha yang terbaik sebelum hendak dikatakan sebagai takdir.
Elak tekanan,elak emosi,in-allah anda akan dapati diri anda adalah seorang yang penyabar.
Salam Ukhwahfillah dari..
Hal Ehwal Siswi, Majlis Perwakilan Mahasiswa.

1 comment:

  1. kisah kak Kartini memberi mesej : 'pendirian tetap, tidak berubah walaupun apa2x yag datang menghalang dll..

    pendirian teguh..biarlah ke maut..( tiru semangat kamikaze)

    wallahu alam =)

    ReplyDelete