Sunday, February 21, 2010

Salam Tajdidin Niah....

Salam ukhwah...salam mahabbah.....
Sahabat KUIN yang dikasihi oleh Allah...
Moga-moga catitan ini dapat di baca dan dihayati oleh SAHABAT seperjuangan sekalian..
Ana nak ajak kita kenal HATI..
'Hati berperanan sebagai raja dalam tubuh badan kita.Jika hati baik maka baiklah semua pancaindera hasil melakukan perbuatan yang baik.Banyak kejahatan di atas muka bumi ini berpunca daripada hati yang sakit.
Kita hendaklah melatih hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan.Laluilah proses mengubat dan mendidik hati jika hati anda telah terlibat dengan perkara buruk.Hati yang rosak berpunca daripada aktiviti lidah,mata dan perut.Jadi bagaimana untuk menghalangnya ?
Apakah tanda-tanda hati yang sakit ? Bagaimana mengubatnya ?
Hati yang telah berjaya diubati perlu disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah seperti taubat,takut kepada Allah s.w.t ,zuhud ,sabar,syukur,ikhlas,tawakkal,berkasih-sayang,redha dan selalu mengingati mati.'
Jika SAHABAT sudah megeksplorasikan hati SAHABAT-SAHABAT,maka hidup sahabat-sahabat saya yakin lebih terarah,bermakna dan cemerlang.
SIIRU A'LA BARATILLAH....

No comments:

Post a Comment