Thursday, March 18, 2010

Kempen Biah Solehah

Salam ukhwah...
Salam kebangkitan mahasiswi....
Sebahagian besar warga kuin tengah menghadapi kemelut imtihan syafawi Al-quran saya yakin khususnya yang kuliah Al-Quran dan yang pengajian islam.Tahniah kepada sahabat-sahabat yang sudah melalui detik-detik getir ini dan syukurlah kerana allah telah permudahkan urusan menuntut ilmu kita....bagi yang masih buat tak tahu tu, fikir-fikirkan lah masa depan kita.tanggungjawab sebagai anak,sebagai pelajar terutama sebagai kalangan hamba allah yang diberi peluang belajar agama,tapi tak amalkan dan bantu sahabat lain yang memerlukan.
Sahabat tahukan SIS ?
Sahabat kenalkan ISLAM LIBERAL?
Sahabat yang cakna akan tahu siapa pendokong utama , dan siapa yang menjadi dalangnya di seluruh pelusuk dunia...

KEMPEN BIAH SOLEHAH !!!

Inilah yang cuba mpm usahakan.kalau nak diukur,kecil sangat usaha ini kalau nak di banding kekuatan musuh islam yang sudah mencapai target penaklukan dunia dengan ideologi mereka,sedangkan kita, bergelut dengan diri sendiri , kalut dengan akademik tercicir, keperluan diri tak cukup.. lekeh !!! lekeh !!! tak layak pun nak bergelar kalangan hamba allah yang belajar ilmu agama.Saya melontarkan pandangan ini pada diri sendiri dan antum semua. Kerana kita BATA-BATA yang dipilih oleh Allah untuk mengukuhkan dinding benteng kekuatan islam yang tapaknya pun sudah tinggal sehasta tuk kita diami,jaga binaan kita agar tidak runtuh.Moga-moga dengan kita menempatkan sedikit bantuan idea, lontaran kata-kata peransang atau tenaga untuk menghidupkan usaha murni,menjadi hujah kita berhadapan dengan allah tentang keperihatinan kita terhadap umat islam,terutama masyarakat INSANIAH sendiri.
Saya dilahirkan sebagai seorang yang suka bercakap,dan saya yakin ibu-ibu pendokong HEWI juga adalah kalangan mereka yang suka berkata-kata,bezanya disebalik tabir mahupun dihadapan tabir sahaja...saya janji , Hewi akan melalui proses hiposintesis,menyedut semula udara segar,supaya sahabat yang suka hendak membantu ,tidak sekadar menjadi penguat semangat HEWI d belakang tabir ,tetapi sama-sama menghulurkan senyuman ,bakti tenaga anda untuk memastikan mahasiswi terus mantap dan bersatu mewarisi keizzahan Zainab Al-Ghazali.
SIAPA NAK BANTU HEWI ??
SEKRETARIAT HEWI?
EXCO-EXCO MPM?
IPT-IPT LAIN?
SIAPA ?
..............ANDALAH.......
Boleh terus hubungi saya (ZAMILAH-0134471263)
Setiausaha HEWI (SITI ZUBAIDAH-0194487190)
Hewi sedang merangka aktiviti kepada semua mahasiswi,kita akan maklum semula..
jadilah pengkritik yang disegani, jangan jadi pengkritik yang dibenci..
Siiiiru a'la Barakatillah......
Wassalam....

No comments:

Post a Comment